Kesan perang di Amerika Syarikat. Perang Amerika Syarikat-Mexico

"Calon yang ada: Yang layak sebagai Presiden Whig." Kartun politik mengenai pilihan raya Presiden 1848 yang merujuk pada Zachary Taylor atau Winfield Scott, dua calon utama bagi pencalonan Parti Whig selepas Perang Mexico-Amerika Syarikat. Diterbitkan oleh Nathaniel Currier pada tahun 1848, dipulih secara digital.

Walaupun menerima tentangan awal dari Parti Whigs dan penghapusan, perang itu bagaimanapun menyatukan Amerika Syarikat dalam matlamat yang sama dan pertempuran hampir sepenuhnya oleh sukarelawan. Saiz Tentera meningkat dari hanya 6,000 kepada lebih 115,000 orang ketika perperangan. Dari jumlah itu, sekitar 1.5% terbunuh dalam pertempuran dan hampir 10% mati akibat penyakit; tambahan 12% lagi diberhentikan akibat kecederaan atau dibebaskan akibat penyakit, atau keduanya.

Selama beberapa tahun berikutnya, veteran perang masih menderita dari penyakit melumpuhkan yang dijangkiti semasa kempen secara berterusan. Kadar korban dengan mudah melampaui 25% bagi 17 bulan perperangan; korban keseluruhan mungkin mencecah 35–40% sekiranya kematian berkaitan dengan kecederaan dan penyakit berikutnya digabung. Dari segi ini, perperangan ini merupakan kadar paling tinggi kematian dalam sejarah ketenteraan Amerika Syarikat.

Semasa perperangan, pertikaian politik di Amerika Syarikat timbul mengenai pembahagian Mexico yang ditawan. Ringkasan Pergerakan Kesemua Mexico mendesak penyatuan kesemua jajahan. Veteran perang yang telah melihat Mexico dengan sendiri tidak berminat. Pergerakan anti-perhambaan menentang pandangan tersebut dan menuntut penyingkiran perhambaan dari sebarang jajahan yang diserap oleh Amerika Syarikat.[64] Pada tahun 1847 House of Representatives meluluskan Wilmot Proviso, menyatakan bahawa kesemua jajahan yang didapati akan dibuka pada perhambaan. Pihak Senate mengelak isu tersebut, dan cubaan lewat untuk menambahkannya pada Perjanjian Guadalupe Hidalgo dikalahkan.

Perjanjian Guadalupe Hidalgo merupakan hasil perindingan tidak rasmi Nicholas Trist. Ia diluluskan oleh senat Amerika Syarikat pada 10 March 1848, dan disahkan oleh Kongres Mexico pada 25 May. Penyerahan Alta California dan Nuevo México oleh Mexico dan pengakuannya ke atas penguasaan Amerika Syarikat ke atas kesemua utara Texas pada Rio Grande merasmikan tambahan 1.2 juta batu persegi (3.1 juta km2) jajahan ke Amerika Syarikat. Sebagai pulangan Amerika Syarikat bersetuju membayar $15 juta dan menanggung tuntutan rakyatnya terhadap Mexico. Pengubahsuaian terakhir jajahan antara Mexico dan Amerika Syarikat dilakukan oleh Pembelian Gadsden pada tahun 1853.

Selewat 1880, "Republican Campaign Textbook" oleh Jawatankuasa Kongres Republikan (“Republican Congressional Committee”) [65] menggambarkan perang tersebut sebagai "Feculent, dicemari Rasuah" dan "satu dari gambaran hitam dalam sejarah kita—perperangan yang dipaksa kepada kita dan penduduk Mexico dengan kuku besi perampas Pres't Polk dalam usaha keagungan perluasan bagi pemerintahan perhambaan (“slave oligarchy”)."

Perperangan ini merupakan salah satu kejadian penentu bagi Amerika Syarikat pada separuh pertama abad ke-19. Ketika ia menandakan titik laluan penting bagi negara sebagai kuasa tentera yang sedang berkembang, ia turut bertindak sebagai mercu tanda terutama dalam gambaran Amerika Syarikat bagi (“Manifest Destiny”) Takdir . Jajahan yang didapati memulakan gaya yang mencirikan Amerika Syarikat dalam sejarah abad ke-19, terutamanya bagi Barat Amerika Syarikat. Perperangan ini tidak menyelesaikan isu perhambaan di Amerika Syarikat tetapi dalam banyak cara mengapi-apikannya, ketika potensi pengembangan ke arah barat institusi semakin menjadi pusat dan hangat dalam perdebatan kebangsaan mendahului Perang Saudara Amerika Syarikat. Tambahan lagi, dalam melakukan perluasan negara dari persisiran ke persisiran, Perang Mexico-Amerika Syarikat merupakan satu langkah dalam penghijrahan besar-besaran ke Barat oleh penduduk Amerika Syarikat, yang memuncak dengan laluan kereta api merentasi benua dan perang Indian kemudiannya dalam abad yang sama.

Rujukan

WikiPedia: Perang Amerika Syarikat-Mexico http://www.amazon.com/gp/reader/0195045556?v=searc... http://www.battleofmonterrey.com/urbanwarfare.html http://users.erols.com/mwhite28/wars19c.htm http://books.google.com/books?id=FxgOAAAAIAAJ&prin... http://books.google.com/books?id=Mot8hkMa0nkC&dq=%... http://books.google.com/books?id=Y0JnAAAAMAAJ http://books.google.com/books?id=YImnue0ORwAC&sour... http://books.google.com/books?id=ZrkJAAAAIAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=vfhAAAAAIAAJ http://books.google.com/books?id=vfhAAAAAIAAJ&pg=2...